Tuesday 1 September 2015

Inovasi Sempoa

Sempoa... Abacus... Soroban... Zhusuan... atau apa sahaja namanya?? merujuk kepada alat pengiraan operasi aritmetik (tambah, tolak, darab dan bahagi). Boleh je google pasal sempoa ni --> asal usul, jenis-jenis, kegunaan, manfaat dan sebagainya.

Hari ini, Teacher Hana taknak cerita pasal sempoa sebagai alat mengira.. rasanya semua orang dah tahu dan jika tak tahu, boleh google je.. semua maklumat di hujung jari.. kan??

Dan, rasanya ramai yang dah tahu dan nak tahu tentang "Abacus Mental Arithmetic", kan??  Tapi, post kali ni, Teacher taknak cerita tentang Mental Arithmetic. Itu kita post hari lain ya..

Hari ini nak cerita tentang SOROBAN.. Hah?? Soroban ?? Soroban tu adalah sempoa yang diinovasikan oleh jepun. Asalnya sempoa dari China tapi bentuknya lain sikit (2 manik kat atas, 5 manik kat bawah). Dan bentuk soroban (1 manik di atas dan 4 manik di bawah). Jepun kan maju dengan cepat disebabkan mereka berikan tumpuan kepada inovasi. Mereka pilih teknologi yang dah diciptakan dan lakukan sedikit inovasi dan jadi milik mereka. Samalah seperti sempoa ni.. Sekarang, soroban (sempoa jepun) menjadi alat mengira yang digunakan serata dunia dalam bidang "Abacus Mental Arithmetic".
Image result for abacus  Image result for abacus

Teacher pun terinspirasi dengan Jepun ni.. Nak lakukan inovasi pada teknologi yang sedia ada. (Mungkin disebabkan darah jepun yang mengalir dalam tubuh ni... ececeh..) 

Teacher mula-mula kenal soroban (sempoa) ni pada tahun 1996. 1st job dah ada kena mengena dengan sempoa. Dan, mula serius mengadap sempoa setiap hari pada Februari 2004. Bila setiap hari mengadap sempoa, ada-ada saja ilham yang datang, Alhamdulillah.

Memandangkan Teacher mengendalikan pusat tuisyen khas Matematik, ramai yang mendaftar kerana ada masalah dalam subjek Matematik. Nak mengajar bagi mereka faham bukanlah satu tugas yang mudah sebenarnya (cikgu2 mesti setuju, kan?). Macam-macam cara dan alat bantuan digunakan. Yang berada dipasaran, yang direka sendiri dan ada juga hasil perkongsian pelajar-palejar lain (terima kasih anak murid Teacher!!).

Dan, dari sinilah tercetus idea jadikan sempoa sebagai salah satu alat bantuan mengajar dalam Matematik. Bukan hanya sebagai alat mengira tambah, tolak, darab dan bahagi semata-mata. Dan idea ni tidaklah datang serentak, satu per satu.. Ada yang berjaya dan ada yang kurang berkesan.

Setelah lebih satu dekad bermain dengan manik-manik dan tiang-tiang sempoa ni, InsyaAllah Teacher sedang bangunkan modul-modul mini (mengikut topik) yang diinspirasikan oleh inovasi sempoa ni. Dan... berita baiknya, www.kedaionlinez.com sedang bantu Teacher bangunkan "online shop" yang akan menjadi satu hub bagi menjual (dan ada yang percuma) produk utama "Matematik berasaskan Sempoa" dan juga barangan pendidikan yang lain-lain juga. Doakan semoga Teacher dapat merealisasikan hajat yang telah lama tersemat ini. Amin.

Image result for ringgit malaysia

Sempena kempen Si Cilik Celik Kira, produk pertama yang akan Teacher kongsi adalah "Si Cilik Celik Wang". Ada pelbagai helaian aktiviti yang menyeronokkan menggunakan Teknik Inovasi Sempoa (TIS). Nak kira baki wang pun sangatlah mudah dan menyeronokkan. Yang paling best, tak perlu kira???? Tunggu ya..

Ok, itu saja untuk post kali ini. Sehingga berjumpa lagi.

-Teacher Hana-

No comments:

Post a Comment