Tuesday 8 September 2015

Bagaimana ibu dapat membantu anak belajar Matematik di rumah ?

Selamat pagi..

Hari ini calon UPSR akan menghadapi peperiksaan Matematik Kertas 2. Didoakan semoga anak-anak ini diberikan kesihatan yang baik olehNya.

Hari ini Teacher nak kongsi sedikit tips buat ibu-ibu di luar sana yang teringin untuk membantu anak-anak mengulangkaji di rumah tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Sepanjang mengendalikan tuisyen khas Matematik, Teacher seringkali berhadapan dengan ibu/bapa yang ingin membantu tetapi.... "saya tidak pandai Maths.." menjadi halangan.

Baik, Matematik sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian yang saling berkaitan :
   1. Kemahiran Teknikal
   2. Kemahiran Konsep
Kedua-dua ini sama penting dan saling memerlukan dalam bidang Matematik.

Bagi anak-anak di sekolah rendah, kemahiran teknikal adalah kemahiran mengira 3 bentuk nombor iaitu nombor bulat, pecahan dan perpuluhan. Mereka perlu mahir melakukan operasi aritmetik (+-x/) ketiga-tiga bentuk asas nombor ini. Kemahiran ini diperlukan bagi "memvalidasi" konsep yang akan dipelajari dalam setiap topik Matematik (seperti wang, masa, unit ukuran, bentuk, ruang dan data).

"Kemahiran Teknikal" memerlukan latihan berulang (atau di sebut sebagai latih-tubi) sementara "Kemahiran Konsep" memerlukan kefahaman dan ketelitian.

Ibu/bapa boleh membantu anak-anak mengasah kemahiran teknikal di rumah. Ini tidak memerlukan ibu/bapa skil mengajar yang tinggi. Ianya hanya perlukan sedikit pantauan. Anak-anak yang cekap kemahiran teknikal akan mempunyai lebih banyak masa untuk memahami konsep Matematik yang diajar oleh guru di sekolah.

Antara kemahiran teknikal yang boleh di ajar mengikut peringkat :
1). 6-7 tahun ~ kemahiran asas tambah dan tolak (nombor bulat)
2). 8-9 tahun ~ kemahiran asas tambah dan tolak (nombor perpuluhan) & asas sifir (4 dalam 1)
3). 10 tahun ke atas ~ kemahiran asas aritmetik (+-x/) 3 bentuk nombor ~ nombor bulat, perpuluhan dan pecahan.

Kemahiran Teknikal boleh sahaja diajar tanpa mengajarkan konsep terlebih dahulu. Cukup sekadar mereka mempunyai skil mendapakan jawapan yang betul dengan pantas.

Perumpamaan : Basikal
>>> Skil teknikal ~ skil mengimbangi badan & mengayuh (sesiapa pun boleh ajar)
>>> Kemahiran konsep ~ bagaimana kayuhan itu dapat menggerakkan kedua-dua tayar & menyalakan lampu basikal? (yang ini biar pakar yang mengajar)

Insya Allah, nanti kita sambung, apa yang perlu diberi sebagai latihan ??

-Teacher Hana-

No comments:

Post a Comment