Monday 21 September 2015

Si Cilik Celik Wang

Minggu lepas Teacher sempat beraktiviti dengan ibu/bapa bersama anak masing-masing di Kanak-Kanak House, Kajang. Dalam masa hanya satu setengah jam, anak-anak dan ibu /bapa berkongsi teknik mengira baki wang dengan mudah. Kaedah ini kami namakan Teknik CucooRia (sebut cucuria).

Mengira baki wang yang dibelanjakan menjadi satu isu bagi pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya anak-anak yang baru melangkah ke tahun 1. Teknik inspirasi dari sempoa ini dapat membantu anak-anak ini untuk mendapatkan baki wang dengan pantas tanpa perlu menulis atau menconteng di atas kertas.

Dengan hanya sedikit ulangan teknik, insyaAllah anak-anak ini dapat menggunakan teknik ini untuk manfaat mereka seharian. Hanya 3 langkah mudah :

Nilai belanja...
Tukarkan (dalam minda) not wang yang dibayar contohnya RM1, RM5, RM10....
Hapuskan (dalam minda) nilai belanja (tanpa sebarang formula), terus dapatkan baki wang.












Bagi yang tidak berkesempatan menyertai mana-mana bengkel Si Cilik Celik Wang, boleh dapatkan Kit Lengkap Si Cilik Celik Wang di online shop kami www.celikkira.com , insya Allah pada bulan Oktober nanti.

#LifeSkillMaths

-Teacher Hana-

Tuesday 8 September 2015

Bagaimana ibu dapat membantu anak belajar Matematik di rumah ?

Selamat pagi..

Hari ini calon UPSR akan menghadapi peperiksaan Matematik Kertas 2. Didoakan semoga anak-anak ini diberikan kesihatan yang baik olehNya.

Hari ini Teacher nak kongsi sedikit tips buat ibu-ibu di luar sana yang teringin untuk membantu anak-anak mengulangkaji di rumah tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Sepanjang mengendalikan tuisyen khas Matematik, Teacher seringkali berhadapan dengan ibu/bapa yang ingin membantu tetapi.... "saya tidak pandai Maths.." menjadi halangan.

Baik, Matematik sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian yang saling berkaitan :
   1. Kemahiran Teknikal
   2. Kemahiran Konsep
Kedua-dua ini sama penting dan saling memerlukan dalam bidang Matematik.

Bagi anak-anak di sekolah rendah, kemahiran teknikal adalah kemahiran mengira 3 bentuk nombor iaitu nombor bulat, pecahan dan perpuluhan. Mereka perlu mahir melakukan operasi aritmetik (+-x/) ketiga-tiga bentuk asas nombor ini. Kemahiran ini diperlukan bagi "memvalidasi" konsep yang akan dipelajari dalam setiap topik Matematik (seperti wang, masa, unit ukuran, bentuk, ruang dan data).

"Kemahiran Teknikal" memerlukan latihan berulang (atau di sebut sebagai latih-tubi) sementara "Kemahiran Konsep" memerlukan kefahaman dan ketelitian.

Ibu/bapa boleh membantu anak-anak mengasah kemahiran teknikal di rumah. Ini tidak memerlukan ibu/bapa skil mengajar yang tinggi. Ianya hanya perlukan sedikit pantauan. Anak-anak yang cekap kemahiran teknikal akan mempunyai lebih banyak masa untuk memahami konsep Matematik yang diajar oleh guru di sekolah.

Antara kemahiran teknikal yang boleh di ajar mengikut peringkat :
1). 6-7 tahun ~ kemahiran asas tambah dan tolak (nombor bulat)
2). 8-9 tahun ~ kemahiran asas tambah dan tolak (nombor perpuluhan) & asas sifir (4 dalam 1)
3). 10 tahun ke atas ~ kemahiran asas aritmetik (+-x/) 3 bentuk nombor ~ nombor bulat, perpuluhan dan pecahan.

Kemahiran Teknikal boleh sahaja diajar tanpa mengajarkan konsep terlebih dahulu. Cukup sekadar mereka mempunyai skil mendapakan jawapan yang betul dengan pantas.

Perumpamaan : Basikal
>>> Skil teknikal ~ skil mengimbangi badan & mengayuh (sesiapa pun boleh ajar)
>>> Kemahiran konsep ~ bagaimana kayuhan itu dapat menggerakkan kedua-dua tayar & menyalakan lampu basikal? (yang ini biar pakar yang mengajar)

Insya Allah, nanti kita sambung, apa yang perlu diberi sebagai latihan ??

-Teacher Hana-

Tuesday 1 September 2015

Inovasi Sempoa

Sempoa... Abacus... Soroban... Zhusuan... atau apa sahaja namanya?? merujuk kepada alat pengiraan operasi aritmetik (tambah, tolak, darab dan bahagi). Boleh je google pasal sempoa ni --> asal usul, jenis-jenis, kegunaan, manfaat dan sebagainya.

Hari ini, Teacher Hana taknak cerita pasal sempoa sebagai alat mengira.. rasanya semua orang dah tahu dan jika tak tahu, boleh google je.. semua maklumat di hujung jari.. kan??

Dan, rasanya ramai yang dah tahu dan nak tahu tentang "Abacus Mental Arithmetic", kan??  Tapi, post kali ni, Teacher taknak cerita tentang Mental Arithmetic. Itu kita post hari lain ya..

Hari ini nak cerita tentang SOROBAN.. Hah?? Soroban ?? Soroban tu adalah sempoa yang diinovasikan oleh jepun. Asalnya sempoa dari China tapi bentuknya lain sikit (2 manik kat atas, 5 manik kat bawah). Dan bentuk soroban (1 manik di atas dan 4 manik di bawah). Jepun kan maju dengan cepat disebabkan mereka berikan tumpuan kepada inovasi. Mereka pilih teknologi yang dah diciptakan dan lakukan sedikit inovasi dan jadi milik mereka. Samalah seperti sempoa ni.. Sekarang, soroban (sempoa jepun) menjadi alat mengira yang digunakan serata dunia dalam bidang "Abacus Mental Arithmetic".
Image result for abacus  Image result for abacus

Teacher pun terinspirasi dengan Jepun ni.. Nak lakukan inovasi pada teknologi yang sedia ada. (Mungkin disebabkan darah jepun yang mengalir dalam tubuh ni... ececeh..) 

Teacher mula-mula kenal soroban (sempoa) ni pada tahun 1996. 1st job dah ada kena mengena dengan sempoa. Dan, mula serius mengadap sempoa setiap hari pada Februari 2004. Bila setiap hari mengadap sempoa, ada-ada saja ilham yang datang, Alhamdulillah.

Memandangkan Teacher mengendalikan pusat tuisyen khas Matematik, ramai yang mendaftar kerana ada masalah dalam subjek Matematik. Nak mengajar bagi mereka faham bukanlah satu tugas yang mudah sebenarnya (cikgu2 mesti setuju, kan?). Macam-macam cara dan alat bantuan digunakan. Yang berada dipasaran, yang direka sendiri dan ada juga hasil perkongsian pelajar-palejar lain (terima kasih anak murid Teacher!!).

Dan, dari sinilah tercetus idea jadikan sempoa sebagai salah satu alat bantuan mengajar dalam Matematik. Bukan hanya sebagai alat mengira tambah, tolak, darab dan bahagi semata-mata. Dan idea ni tidaklah datang serentak, satu per satu.. Ada yang berjaya dan ada yang kurang berkesan.

Setelah lebih satu dekad bermain dengan manik-manik dan tiang-tiang sempoa ni, InsyaAllah Teacher sedang bangunkan modul-modul mini (mengikut topik) yang diinspirasikan oleh inovasi sempoa ni. Dan... berita baiknya, www.kedaionlinez.com sedang bantu Teacher bangunkan "online shop" yang akan menjadi satu hub bagi menjual (dan ada yang percuma) produk utama "Matematik berasaskan Sempoa" dan juga barangan pendidikan yang lain-lain juga. Doakan semoga Teacher dapat merealisasikan hajat yang telah lama tersemat ini. Amin.

Image result for ringgit malaysia

Sempena kempen Si Cilik Celik Kira, produk pertama yang akan Teacher kongsi adalah "Si Cilik Celik Wang". Ada pelbagai helaian aktiviti yang menyeronokkan menggunakan Teknik Inovasi Sempoa (TIS). Nak kira baki wang pun sangatlah mudah dan menyeronokkan. Yang paling best, tak perlu kira???? Tunggu ya..

Ok, itu saja untuk post kali ini. Sehingga berjumpa lagi.

-Teacher Hana-