Tuesday 20 October 2015

Bina Imaginasi Kreatif dengan Peta Minda



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, diberikan kesempatan sekali lagi beraktiviti bersama-sama para ibu/bapa dan anak-anak di Kanak-Kanak House, Kajang.

Kali ini, Teacher sempat berkongsi satu lagi teknik perkembagnan minda yang tidak asing lagi iaitu Peta Minda. Melakar Peta Minda memberikan satu keseronokan dan kepuasan yang berbeza. Seronoknya Peta Minda ini adalah kerana anak (malah dewasa) bebas berkreativiti dan berimaginasi.


Peta Minda direka dan dicipta sesuai dengan cara otak kita berfikir. Dengan empat elemen utama iaitu kertas putih tanpa garisan, warna, garisan melengkung dan maklumat (imej/kata kunci), kanak-kanak pasti seronok menterjemahkan maklumat dan informasi dalam bentuk yang tidak membosankan.




Program pengenalan dan asas Peta Minda yang berlangsung selama 90 minit ini diharapkan dapat memberi sedikit gambaran dan teknik buat ibu/bapa untuk melakarkan Peta Minda bersama anak-anak. Mari kita lihat anak-anak ini berkreativiti dan membina imaginasi kreatif sambil berseronok dengan imej berwarna warni.





Terima kasih buat tim Kanak-Kanak House, Kajang terutamanya Dr. Surayah Zaidon dan Puan Ibtihaj Saian (Cikgu Ib) yang memberi peluang kepada kami berkongsi sedikit manfaat buat anak-anak ini, Alhamdulillah.

Semoga Teacher dapat berkongsi manfaat ini dengan lebih ramai lagi anak-anak di luar sana, doakan... InsyaAllah.. Amin.

_Teacher Hana-

No comments:

Post a Comment